Pengenalan

June 3, 2006

Perkataan 'financial freedom' atau kebebasan kewangan sering diperkatakan masakini. Mungkin manusia sudah semakin jelak dengan pekerjaan makan gaji mereka, tambahan pula taraf kehidupan manusia yang semakin meningkat dari masa ke semasa memberikan tekanan hidup terutamanya dari segi kewangan. Demi untuk meneruskan kehidupan ataupun mengejar taraf kehidupan yang lebih selesa, dengan hanya sekadar makan gaji dari majikan sememangnya tidak pernah cukup untuk menampung perbelanjaan harian yang semakin membebankan. Harga barangan dan perkhidmatan yang semakin meningkat memberi kesan yang agak teruk kepada golongan bawahan dan sederhana. Dengan kesempitan dan keterkongkongan ini, manusia mula memberontak dan cuba mencari jalan keluar ke arah kebebasan kewangan. Read the rest of this entry »


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.