Perkataan 'financial freedom' atau kebebasan kewangan sering diperkatakan masakini. Mungkin manusia sudah semakin jelak dengan pekerjaan makan gaji mereka, tambahan pula taraf kehidupan manusia yang semakin meningkat dari masa ke semasa memberikan tekanan hidup terutamanya dari segi kewangan. Demi untuk meneruskan kehidupan ataupun mengejar taraf kehidupan yang lebih selesa, dengan hanya sekadar makan gaji dari majikan sememangnya tidak pernah cukup untuk menampung perbelanjaan harian yang semakin membebankan. Harga barangan dan perkhidmatan yang semakin meningkat memberi kesan yang agak teruk kepada golongan bawahan dan sederhana. Dengan kesempitan dan keterkongkongan ini, manusia mula memberontak dan cuba mencari jalan keluar ke arah kebebasan kewangan.
Revolusi Kehidupan
Impian manusia zaman ini sebahagian besarnya dipengaruhi oleh perkembangan teknologi yang pesat membangun. Wang adalah motivasi utama manusia untuk mengecapi kemewahan, kesenangan dan keselesaan yang boleh diperolehi dari teknologi ini.